Dasar lidah orang Malaysia, makanan kita jugak yang sedap walau travel ke mana sekalipun. Tambah-tambah jika travel ke negara yang cuacanya sejuk, makan pulak nasi panas dengan rendang atau sambal bilis, memang terangkat gila.
Selalunya yang jadi pilihan adalah Maggi dan nasi dan lauk segera Brahims, Ni aku nak kongsikan pilihan lain yang ada untuk korang cuba.
- Vits Penang White Curry dan Vits Penang Asam Laksa
Makan ni kat tepi sungai di Amsterdam, kawasan country side atau kat tepi laut, memang terngkat lah jawabnya. Aku suka berangan sewa bilik atau rumah kat tepi sungai masa cuaca sejuk, lepas tu layan makanan gini. Bila lah nak ada rezeki buat macam ni lagi.
2. Tesco Kari Ayam Dengan Ubi kentang
Ni pun sedap. Panaskan dan makan dengan nasi panas. Dok pulak kat Swiss atau New Zealand sambil layan salji. Ber huhuhu je yang mampu ku buat sekarang.
3. Sup Tulang Adabi
Panaskan dan makan dengan nasi dok tempat sejuk memang terangkat gila ni. Pastikan ada sambal kicap atau paling kurang picit aje cili api. Sapa lalu belakang tadi? Tom Cruise? Mark Zuckerberg? Biar je lah. Layan ni lagi sodap.
4. Rendang Ayam Adabi
Pun sedap. Sesekali tukar selera tanpa Brahims. Cuma selalunya makanan dalam tin ni berat lebih sikit berbading yang di bungkus. Apa-apa pun jika trip tu naik kapal terbang premium dan tak perlu galas beg sangat, layankan saja.
5. Sambal Bilis Belimbing Hitam
Banyak fungsi sambal bilis ni. Makan dengan nasi goreng Brahims pun sedap. Makan dengan nasi kosong panas pun terangkat, nak jadikan perencah nasi goreng boleh, gantikan sambal bilis dan makan dengan nasi lemak pun boleh. Makan sama dengan roti pun boleh.
Pendeka kata jika nak travel, carilah sambal ni.
6. Sambal belacan Adabi
Ni pun sama. Bagi yang sukakan pedas, makan apa-apa mesti nak pedas boleh lah bawak sambal ni. Boleh makan gitu saja dengan nasi atau masukkan dalam nasi goreng yang dimasak. Selesai.
7. Nasi Segera Brahims
Tinggal panaskan dengan cara rendam dalam air dan makan. Selesai masalah kebuluran di perantauan. Hehe! Nasi ni guna beras basmathi, jadi cepat kenyang. 1 pek boleh makan 2 kali bagi yang tak kuat makan. Tapi kalau selera serupa makan kenduri kawen, 1 pek tu cukup untuk sorang.
8. Rendang daging dan ayam brahims
Pun sedap jugak sebenarnya. Jika beli nasi dia, boleh makan dengan rendang ni. Baru berselera makan.